Selamat Datang Ke Blog Sijil Kemahiran Awam Pembinaan...

PENGENALAN

PENGENALAN
Pelaksanaan Program Pendidikan Khas untuk pelajar OKU (bermasalah  pendengaran) di politeknik-politeknik dijalankan pada Sesi Jun 2000. Ini merupakan kali pertama bagi pelajar OKU (bermasalah  pendengaran) melanjutkan  pelajaran dalam bidang teknikal di politeknik. Program Sijil Kemahiran Pembinaan Awam diwujudkan untuk memberi peluang kepada pelajar OKU (bermasalah perdengaran) yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Pembinaan Awam di peringkat sijil di Politeknik Ungku Omar. Institusi ini mempunyai peralatan dan fasiliti yang sedia ada dan berupaya menampung dalam membantu melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.Institusi ini dipilih kerana mempunyai kepakaran tenaga pengajar dalam berbagai bidang teknikal yang boleh dimanfaatkan untuk pelajar-pelajar OKU.

SIPNOSIS PROGRAM

PROGRAM SIJIL KEMAHIRAN PEMBINAAN AWAM menawarkan program kemahiran selama dua tahun di Politeknik bagi pelajar OKU (bermasalah pendengaran) yang berminat dalam bidang Kejuruteraan Awam. Pada peringkat awal pengajian, pelajar akan didedahkan secara umum  tentang dalam kerja-kerja pembinaan yang bersangkutan dengan Kejuruteraan Awam antaranya elemen-elemen utama yang digunakan dalam asas kerja struktur bata, kayu, paip, kerja ukur dan lukisan kerja. Selain itu, pelajar akan didedahkan dengan nilai-nilai murni yang diserapkan melalui didikan moral, agama dan sahsiah diri. Memandangkan keperluan teknologi komunikasi dan maklumat digunakan secara meluas, pelajar OKU ini dibekalkan dengan pengetahuan asas aplikasi komputer seperti MS Words dan Excel. Bagi memupuk semangat pelajar OKU ini berinteraksi dengan pelajar normal, mereka perlu mengikuti aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan oleh Politeknik. Pada asasnya,tumpuan pelajar adalah lebih kepada kemahiran khusus yang berkaitan dengan bidang pembinaan seperti kerja bata, kayu dan tanggam serta kerja paip domestik. Bagi memperkasakan program  ini, pelajar diterapkan dengan kemahiran lukisan kejuruteraan terbantu komputer menggunakan aplikasi yang terkini. Lulusan daripada program ini dapat memenuhi keperluan minima dalam pelbagai bidang seperti kerja di bengkel kejuruteraan awam, pelukis pelan serta kerja-kerja berkaitan dengan bidang kemahiran sama ada di sektor kerajaan atau swasta.

PROSPEK PEKERJAAN
1. Juruteknik awam
2. Pelukis pelan
3. Juru kayu
4. Juru paip
5. Juru bata
6. Pembantu juruukur
7. Kerani Tapak
8. Perniagaan kecil seperti membuat perabot, membaiki paip air, mengikat bata
dan lain-lain yang berkaitan dengan bidang Kejuruteraan Awam

 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan