Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Apa khabar semua? Harap semuanya sihat dan ceria selalu. Lama tak dengar cerita...
Nak kongsi photo kenangan...
Ok..jumpa lagi.
Dari PN. SARMILAWATI...
Halaman
Khamis, 31 Mei 2012
Khamis, 12 April 2012
SIJIL KEMAHIRAN AWAM PEMBINAAN
Bagi memupuk semangat pelajar OKU ini berinteraksi dengan pelajar normal, mereka perlu mengikuti aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan oleh Politeknik. Pada asasnya, tumpuan pelajar adalah lebih kepada kemahiran khusus yang berkaitan dengan bidang pembinaan. Bagi memperkasakan program ini, pelajar diterapkan dengan kemahiran lukisan kejuruteraan terbantu komputer (CAD) menggunakan aplikasi yang terkini.
Untuk memperkasakan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar khas ini, mereka akan menjalani Latihan Industri selama ENAM bulan di agensi kerajaan seperti JKR. Graduan daripada program ini dapat memenuhi keperluan minima dalam pelbagai bidang seperti kerja di bengkel kejuruteraan awam, pelukis pelan serta kerja-kerja berkaitan dengan bidangkemahiran sama ada di sektor kerajaan atau swasta .
Sabtu, 25 Februari 2012
KEPENTINGAN ILMU
Ilmu merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri. Justeru, Islam mengingatkan tentang hakikat ini menerusi pelbagai ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Penekanan terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu membuktikan bahawa Islam adalah satu agama yang memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan.” Berdasarkan hadis tersebut, jelas bahawa menuntut ilmu itu adalah suatu perkara yang penting dan menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam. Antara kepentingan ilmu pengetahuan ialah;
Kedudukan serta martabat orang yang berilmu diangkat dan diletakkan ditempat yang lebih tinggi. Dengan erti kata lain, ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah, ayat 11 ;
يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت. والله بما تعملون خبير
Maksudnya; "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan"
Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan manusia. Firman Allah dalam surah al-Zumar, ayat 9 ;
قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون. انما يتذكر أولولوا الألبب
Maksudnya; “Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana"
Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya. Firman Allah dalam surah al-Fathir, ayat 28 ;
انما يخشى الله من عباده العلمؤا
Maksudnya ; “Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah orang-orang yang berilmu”
Ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagian hidup di dunia dan di akhirat, memberikan kekuatan ketika dalam kesusahan dan ketika berhadapan dengan musuh.
Dengan ilmu manusia dapat menjalankan ibadah dengan sempurna, samada ibadah umum atau ibadah khusus dan dapat melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi dengan sebaiknya.
Ilmu agama atau ilmu yang terdapat dalam al-Quran dan Al-sunnah akan menjadi benteng yang dapat mencegah seseorang itu dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syariat, dapat menolak kejahilan dan kebodohan sama ada dalam perkara agama atau dalam mengejar kebendaan duniawi.
Pelbagai jenis ilmu keduniaan seperti ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran, ilmu pertanian dan sebagainya dapat membantu kemaslahatan hidup manusia di dunia.
Ilmu adalah salah satu langkah bagi menjana pembangunan negara kerana melalui ilmu sahajalah yang dapat membezakan antara yang hak dan yang batil.
Rabu, 11 Januari 2012
Sejarah Penubuhan PUO
SEJARAH
Politeknik Ungku Omar yang terletak di Jalan Raja Musa Mahadi (dahulunya
dikenali sebagai Jalan Diary), Ipoh ,negeri Perak ditubuhkan pada tahun 1969. Politeknik ini telah ditubuhkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dengan bantuan UNESCO. Peruntukan sebanyak RM24.5 juta
diperolehi daripada Program Pembangunan PBB (UNDP). Politeknik ini mengambil
sempena nama Allahyarham Dato’ Profesor Ungku Omar Ahmad demi
mengenang jasa dan sumbangan beliau kepada negara dan bangsa terutamanya dalam
bidang penyelidikan perubatan.
Penekanan dan
bidang pelajaran politeknik ini bercorak sains dan teknologi.
Politeknik Ungku Omar ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan bantuan UNESCO dan ini bertujuan untuk melatih tenaga pekerja separa profesional dan golongan pengurusan bawahan bagi menampung keperluan pembangunan negara. UNESCO telah dipertanggungjawabkan untuk merancang dan melaksanakan pembinaan PUO di atas tapak seluas 22.6 hektar di Jalan Dairy, Ipoh. Politeknik bermula beroperasi dengan menumpang di Pusat Latihan Harian, Ipoh dengan 300 orang penuntut.Tenaga pengajarnya pada masa itu terdiri daripada 28 orang pensyarah tempatan dan dibantu oleh 14 orang sukarelawan dari Kanada, Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun.
Politeknik Ungku Omar ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan bantuan UNESCO dan ini bertujuan untuk melatih tenaga pekerja separa profesional dan golongan pengurusan bawahan bagi menampung keperluan pembangunan negara. UNESCO telah dipertanggungjawabkan untuk merancang dan melaksanakan pembinaan PUO di atas tapak seluas 22.6 hektar di Jalan Dairy, Ipoh. Politeknik bermula beroperasi dengan menumpang di Pusat Latihan Harian, Ipoh dengan 300 orang penuntut.Tenaga pengajarnya pada masa itu terdiri daripada 28 orang pensyarah tempatan dan dibantu oleh 14 orang sukarelawan dari Kanada, Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun.
Kampus Politeknik Ungku Omar terletak di kawasan Ampang, Ipoh. Pada penghujung 1973, Politeknik berpindah dari Pusat Latihan Harian ke kampus kekalnya dan telah dirasmikan pada 10 Mei 1974 oleh Y.B. Menteri Pendidikan pada masa itu, Allahyarham Tun Abdul Razak b Hussein.
Kampus ini kini
dikenali sebagai Kampus A setelah politeknik mengambil alih bekas kampus Maktab Perguruan
Kinta dan dinamakan Kampus B pada 1990. Pada peringkat awal
penubuhan, politeknik ini mempunyai empat jabatan pengajian iaitu Kejuruteraan
Awam, Mekanikal, Elektrik dan Perdagangan. Pada tahun 1972, diwujudkan Jabatan
Kejuruteraan Perkapalan dengan bantuan teknikal dan rundingan daripada JICA.
Pada 1 Mac 1999, dua unit akademik dinaikkan taraf sebagai Jabatan. Unit
Matematik dan Sains dijadikan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer manakala
Unit Bahasa/Agama pula dijadikan Jabatan Pengajian Am. Kini, Politeknik Ungku
Omar mempunyai tujuh jabatan akademik.
VISI
Penjana utama modal insan inovatif melalui pendidikan dan latihan transformasional bagi memenuhi keperluan tenaga kerja global menjelang 2015.
MISI
Menerobos sempadan untuk membina persekitaran pembelajaran transformatif dan kreatif ke arah menjana ekonomi yang dipimpin inovasi.
MOTO
"Kekuatan Dan Keamanan Melalui Teknologi"
VISI
Penjana utama modal insan inovatif melalui pendidikan dan latihan transformasional bagi memenuhi keperluan tenaga kerja global menjelang 2015.
MISI
Menerobos sempadan untuk membina persekitaran pembelajaran transformatif dan kreatif ke arah menjana ekonomi yang dipimpin inovasi.
MOTO
"Kekuatan Dan Keamanan Melalui Teknologi"
Langgan:
Catatan (Atom)