Selamat Datang Ke Blog Sijil Kemahiran Awam Pembinaan...

Khamis, 12 April 2012

SIJIL KEMAHIRAN AWAM PEMBINAAN

Program Sijil Kemahiran (Awam Pembinaan) menawarkan program kemahiran selama DUA tahun di Politeknik Ungku Omar bagi pelajar OKU (bermasalah pendengaran) yang berminat dalam bidang Kejuruteraan Awam. Pada peringkat awal pengajian, pelajar akan didedahkan secara umum tentang kerja-kerja pembinaan yang bersangkutan dengan Kejuruteraan Awam antaranya elemen-elemen utama yang digunakan dalam asas kerja struktur bata, kayu, paip, kerja ukur dan lukisan kerja. Selain itu, pelajar akan didedahkan dengan nilai-nilai murni yang diserapkan melalui didikan moral, agama dan sahsiah diri. Memandangkan keperluan teknologi komunikasi dan maklumat digunakan secara meluas, pelajar OKU ini dibekalkan dengan pengetahuan asas aplikasi komputer seperti MS Words dan Excel.

Bagi memupuk semangat pelajar OKU ini berinteraksi dengan pelajar normal, mereka perlu mengikuti aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan oleh Politeknik. Pada asasnya, tumpuan pelajar adalah lebih kepada kemahiran khusus yang berkaitan dengan bidang pembinaan. Bagi memperkasakan program ini, pelajar diterapkan dengan kemahiran lukisan kejuruteraan terbantu komputer (CAD) menggunakan aplikasi yang terkini.

Untuk memperkasakan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar khas ini, mereka akan menjalani Latihan Industri selama ENAM bulan di agensi kerajaan seperti JKR. Graduan daripada program ini dapat memenuhi keperluan minima dalam pelbagai bidang seperti kerja di bengkel kejuruteraan awam, pelukis pelan serta kerja-kerja berkaitan dengan bidangkemahiran sama ada di sektor kerajaan atau swasta .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan