Bagi memupuk semangat pelajar OKU ini berinteraksi dengan pelajar normal, mereka perlu mengikuti aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan oleh Politeknik. Pada asasnya, tumpuan pelajar adalah lebih kepada kemahiran khusus yang berkaitan dengan bidang pembinaan. Bagi memperkasakan program ini, pelajar diterapkan dengan kemahiran lukisan kejuruteraan terbantu komputer (CAD) menggunakan aplikasi yang terkini.
Untuk memperkasakan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar khas ini, mereka akan menjalani Latihan Industri selama ENAM bulan di agensi kerajaan seperti JKR. Graduan daripada program ini dapat memenuhi keperluan minima dalam pelbagai bidang seperti kerja di bengkel kejuruteraan awam, pelukis pelan serta kerja-kerja berkaitan dengan bidangkemahiran sama ada di sektor kerajaan atau swasta .