SEJARAH
Politeknik Ungku Omar yang terletak di Jalan Raja Musa Mahadi (dahulunya
dikenali sebagai Jalan Diary), Ipoh ,negeri Perak ditubuhkan pada tahun 1969. Politeknik ini telah ditubuhkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dengan bantuan UNESCO. Peruntukan sebanyak RM24.5 juta
diperolehi daripada Program Pembangunan PBB (UNDP). Politeknik ini mengambil
sempena nama Allahyarham Dato’ Profesor Ungku Omar Ahmad demi
mengenang jasa dan sumbangan beliau kepada negara dan bangsa terutamanya dalam
bidang penyelidikan perubatan.
Penekanan dan
bidang pelajaran politeknik ini bercorak sains dan teknologi.
Politeknik Ungku Omar ditubuhkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dengan bantuan UNESCO dan ini bertujuan untuk melatih tenaga pekerja
separa profesional dan golongan pengurusan bawahan bagi menampung keperluan
pembangunan negara. UNESCO telah dipertanggungjawabkan untuk merancang dan
melaksanakan pembinaan PUO di atas tapak seluas 22.6 hektar di Jalan Dairy, Ipoh. Politeknik bermula beroperasi dengan menumpang di Pusat
Latihan Harian, Ipoh dengan 300 orang penuntut.Tenaga
pengajarnya pada masa itu terdiri daripada 28 orang pensyarah tempatan dan
dibantu oleh 14 orang sukarelawan dari Kanada, Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun.
Kampus
Politeknik Ungku Omar terletak di kawasan Ampang, Ipoh.
Pada penghujung 1973, Politeknik berpindah dari Pusat Latihan Harian ke kampus
kekalnya dan telah dirasmikan pada 10 Mei 1974 oleh Y.B. Menteri Pendidikan
pada masa itu, Allahyarham Tun Abdul Razak b Hussein.
Kampus ini kini
dikenali sebagai Kampus A setelah politeknik mengambil alih bekas kampus Maktab Perguruan
Kinta dan dinamakan Kampus B pada 1990. Pada peringkat awal
penubuhan, politeknik ini mempunyai empat jabatan pengajian iaitu Kejuruteraan
Awam, Mekanikal, Elektrik dan Perdagangan. Pada tahun 1972, diwujudkan Jabatan
Kejuruteraan Perkapalan dengan bantuan teknikal dan rundingan daripada JICA.
Pada 1 Mac 1999, dua unit akademik dinaikkan taraf sebagai Jabatan. Unit
Matematik dan Sains dijadikan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer manakala
Unit Bahasa/Agama pula dijadikan Jabatan Pengajian Am. Kini, Politeknik Ungku
Omar mempunyai tujuh jabatan akademik.
VISI
Penjana utama modal insan inovatif melalui pendidikan dan latihan transformasional bagi memenuhi keperluan tenaga kerja global menjelang 2015.
MISI
Menerobos sempadan untuk membina persekitaran pembelajaran transformatif dan kreatif ke arah menjana ekonomi yang dipimpin inovasi.
MOTO
"Kekuatan Dan Keamanan Melalui Teknologi"